Annur Cottage ϟ

The Owner Talk
POST ABOUT BLOG

Welcome to my online journal.
Feel free to navigate around and do enjoy your stay here. Just call me Akma and. A simple sixteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.
Mood : Tidak berperasaan (◣_◢)
Status : Belog bertukar wajah ^^v
Talkative Box

Be With Them
All rights reserved ® Mrs Af 2011 - 2012

6 CIRI-CIRI DIET YANG SALAH
Saturday, 7 December 2013 23:49 0 Atashinci(s)



6 CIRI-CIRI DIET YANG SALAH

            Argggh, tertekan bila setiap kali korang menimbang berat badan, pasti jarum berada di angka yang sama? Pelbagai cara sudah dilakukan namun korang masih juga menemui jalan buntu. Jangan salahkan diri atau alat penimbang. Tentu ada salah di dalam diet yang kamu amalkan.

1. Tidak konsisten
Inilah penyebab mengapa diet korang selalu gagal. Di awal diet, semangat korang begitu berkobar-kobar, namun di pertengahan korang selalu melanggar apa yang telah korang lakukan. Untuk mendapat berat badan yang ideal, kamu perlu konsisten dan berdisiplin. Kalau sayalah cara saya nak konsisten dan berdisiplin senang je, korang beli baju yang bukan saiz korang, tak kiralah seluar ke baju ke apa-apa yang korang rasa nak pakai and then korang set mind korang *one day aku boleh pakai dia and aku muat dengan perfectorrrr* simple right? Easy to understand haha! Satu lagi cara, korang tampal picture model ke artis k-pop ke yang korang nak badan macam diaorang. Setiap kali korang macam down ke korang tengok dia, confirm semangat berkobar-kobar macam gunung berapi nak meletus muncul haha! Trust me dude J !

2. Saiz hidangan
Tidak makan atau makan terlalu sedikit sangatlah salah. Idealnya, korang perlu makan tiga kali saiz hidangan yang besar dalam sehari dan seimbangkan dengan dua saiz hidangan yang kecil. Tubuh badan korang akan lebih mudah mencerna dan korang tidak akan merasa cepat lapar jika makan dalam hidangan yang kecil tetapi kerap. Tapi cara saya mungkin salah tapi saya bahagia dengannya hehehe. Saya jenis yang tak kuat makan, tapi saya ni gemuk air bukan daging, lagi satu badan saya memang baka besar biasalah keluarga belah arwah ayah saya orang arab dengan mamak so turunlah dekat saya. Okay saya buat macam ni sarapan ambik tapi pukul 12 something like that lah tapi jangan banyak. Lepas tu, makan berat sekali je petang sebelum pukul tujuh. Suka hati koranglah nak makan berapa kali kalau saya sekali atau dua kali hehe. Malam jangan sesekali makan makanan berat! Kalau korang kebulur sangat just makan roti biskut buat air macam tu je. Done! Conclusionnya saya cuma makan sekali satu hari J tu cara sayalah.

3. Tidak bersarapan
Alasan mengapa sarapan begitu penting adalah kerana apabila korang bangun tidur, tubuh telah berpuasa selama lapan jam lebih. Tubuh memerlukan nutrisi secepat mungkin dan jika tidak dipenuhi, ia akan mengambil nutrisi yang ada di otot dan merosakkan metabolisme. Ini secara tdak langsung telah membuatkan tubuh kamu kehilangan kemampuannya dalam membakar lemak. Kalau yang ni saya tak ada pendapat. Sebab saya pun sarapan pukul 12. Kadang-kadang tak ambik langsung, just minum milo atau susu je. Hee so jangan ikut saya, korang ikut tips dekat atas tu. Okay?

4. Diet tanpa bersukan
Jika korang sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur pola makan sihat namun berat badan tidak juga turun, cubalah melakukan senaman seperti berolahraga atau pergi ke gim. Ia boleh menjadi satu alternative untuk pembakaran lemak. Korang tidak perlu takut badan akan menjadi berotot seperti lelaki, sebaliknya seimbangkan ia dengan pengambilan suplemen khas untuk kecergasan. Tapi cara saya tak keluarkan satu sen pun, saya just skipping and dancing awww haha! Saya bukak tv channel 705 pukul 5 until 6 ada music factory so saya dance jelah atau bukak MTV channel 713 same, ada music video dekat situ atau k-pop indigo what apa ntah tak ingat hehe, channel 393 One. Korang boleh ikut dia menari atau bantai je ikut suka korang, kalau saya bantai je yang penting keluar peluh dan tak cederakan diri saya cukup kan? Bagi yang tak ada astro korang boleh bukak radio or phone korang ada lagukan? Pasang lagu-lagu yang rancak buat step korang sendiri. Bagi yang lagu jiwang-jiwang tu haa tu masalah korang. Buatlah tarian korang sendiri ya hee J?

5. Kurang tidur
Tidak cukup tidur menjadi factor badan korang letih dan lesu sekali gus menghalang penurunan berat badan berlaku. Bayangkan jika tidak cukup tidur, perut akan selalu lapar dan korang akan makan untuk menghilangkan rasa lapar tersebut. Bagi mengelak berat badan bertambah, pastikan korang tidur sekurang-kurangnya lapan jam. Kalau yang ni susah sikit saya nak bagi pendapatlah sebab saya pun tidur lewat, hari sekolah tidur pukul 12, pukul 2 macam tulah kalau tak sekolah lagilah. Saya akan tidur pukul 4pagi atau 5pagi, apa yang saya buat biarlah rahsia haha! Kadang-kadang tu saya makan jugaklah, rendam meggi dalam air panas, ratah laut kt dapur, makan apa yg ada, tapi tu dulu sekarang sejak diet ni saya makan biskut roti cicah air atau buah-buah yg ado je  hehe.

6. Ubat pelangsing
Banyak pil diet di pasaran yang dapat menghancurkan lemak, namun tidak ada penelitian yang boleh membuktikan khasiatnya. Namun begitu, pengambilan ubat diet belum tentu memberikan kesan kepada apa yang korang mahukan. Kalau dengan cara ni saya kurengg setuju sebab bagi saya membahayakan kesihatan. Kita jangan set mind kita kalau nak cantik perlu sakit. Kecantikan tu tak sakit, cara kita nak dapatkannya yang menyakitkan. Saya cuma amalkan minuman herba bukan minuman atau ambil pil-pil diet. My mom cehh wahh haha ibu saya yang suruh saya amalkan minum menda-menda tu semua elok untuk kesihatan dalaman. Saya sekarang tengah amalkan minum Natural Clenx Tea(green tea organic) a natural way to detox and slimming. Natural clenx tea adalah tea detoksifikasi dan pelangsingan badan berkualiti tinggi yang dibuat dengan 100% tea hijau organic semulajadi dan herba. Ia tidak mengandungi sebarang laksatif, gula tambahan dan tiada kesan sampingan. Jangan risau produk ni HALAL sudah di sahkan JAKIM. Manfaat utama produk ni ialah mngurangkan berat badan atau mengekalkan bentuk badan yang ideal, menggalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit, meningkatkan keupayaan, menguatkan system imunisasi, muka pun berseri dan kurangkan jerawat tau. Yang penting uniknya menda ni kita tak payah susah-susah diet pun dan jangan risau menda ni tak menyebabkan cirit–birit pun tapi korang kena get readylah, lepas korang minum tea ni memang melabur sajalah kerja korang, lepas minum tu bkn selalu biasanya 5 atau 6jam lepas tu korang akan melaburlah, jangan risau dia buang apa yang patut. Tea ni lepas makan korang minumlah lepas tu dia akan berkerja hehe aku tetibe jadi promoter pulak. Ohh kalau korang berminat nak beli, menda ni ada jual dekat guardian harga satu kotak RM 57.60 tu untuk 40 teabags kalau 20 teabags cuma RM 28.80 tak silap lah hee so selamat mencuba J.

            Semua orang nak cantikkan? Biasalah lumrah manusia sukakan benda-benda yang cantik, sedap mata memandang katanya. Tetapi bagi saya mahkluk ciptaanNya semua cantik ni bukan jawapan cliché atau nak tunjuk saya good good ke hahaha bukan, tapi saya serius sekarang tak main-main, semua yang Allah cipta sempurna di matanya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, biarlah dekat mata manusia diorang nak pandang kita tak sempurna pun, asalkan dekat mata Allah S.W.T kita sempurna sebagai umatNya. Memang kita akan rasa rendah diri bila pandang orang yang lagi perfect dari kita. Tapi biarlah tu kelebihan dia, kekurangan dia kita tak nampak kan? Because nobody perfectorrr.
Jadi kalau korang nak berubah bagi yang badan sedap-sedap kategori ‘comel-comel’ tu berubahlah sekarang belum terlambat lagi. Tapi ingat kita nak kurus bukan sebab nak CANTIK, nak SEMUA ORANG PANDANG, nak ORANG SUKA KITA, nak JADI THE MOST POPULAR IN THE WORLD, nak jadi DIVA YANG TAK BERAPA NAK MELETOP, nak semualah lebih dari orang lain, jangan sayang cehh haha, takmaulah macam tu okay? Niat kita dah lari pun tu, kita cuma niat nak JADI SIHAT dan meningkatkan keyakinan diri dah cukup niat tu je,
            Ingat! Nak cantik tak perlu sakit! Kita buat setakat yang mampu sahaja, tak baik tau sakitkan diri sendiri, Allah tak suka macam tu. Jadi saya doakan yang dalam misi diet nak kurang berat badan tu semoga success and berhasillah apa yang dilakukan. Amin Ya Rabbal Allamin.

p/s : tolong doakan An Nur juga ya? Saya pun nak sihat jugak :* hehe byeboo.