LELAKI MERAH JAMBU
Saturday, 7 December 2013

23:50
LELAKI MERAH JAMBU
Warna
memainkan peranan yang ampuh dalam penggayaan siluet harian. Namun, ia akan
menjadi kekok apabila warna merah jambu menjadi pilihan sang jejaka. Pelbagai
cacian akan kedengaran apabila ia menjadi sarungan teruna. Salahkah memiliki
dan bergaya dengan rona feminin ini? Hanya yang berani sahaja mampu menolak
stereotaip ini!
1. Dominasi satu jantina?
Dekad ini memperlihatkan dominasi warna
terang termasuklah merah jambu menjadi pilihan rama penggemar fesyen tempatan
mahupun antarabangsa. Khusus si jejaka metro, mereka mahu sentiasa tampak
berlainan selalu. Penerimaan golongan lelaki terhadap warna ini semakin
positif. Jika dahulu ia hanya dipakai sang gadis, namun anjakan pemikiran
lelaki moden juga telah membenam konotasi negatif itu. Maka, terlahirlah frasa real men wear pink!
2. Hitam bosanlah!
Hitam adalah warna yang sering menjadi
pendamping gaya jejaka. Pastinya rona hitam yang dikatakan nakal ini meletakkan
seseorang lelaki itu tampak terus maskulin. Biar apa pun tanggapan, magnet
merah jambu bias membuatkan wanita tertarik pada jejaka yang benar-benar berani
menggayakannya. Menampilkan karakter tersendiri, warna ini dilihat sangat
sensitive dan ia meletakkan lelaki itu tanpa ada rasa selindung dalam
menampilkan sisi sebenar diri mereka. Acap kali berbincang dengan ego,
sarungkan merah jambu kerana egomu itu tidak akan sesekali dimalukan.
3. Pandanan romantik
Sekirannya korang peminat drama bersiri
“gossip girl” pasti korang akan perasan watak Chuck Bass lakonan actor Ed
Westwick yang sering menggunakan warna merah jambu setiap kali muncul di kaca
televisyen. Walaupun pada awalnya dia seorang kaki perempuan, namun
lama-kelamaan, Chuck bertukar menjadi lelaki yang setia pada cintanya. Sut
merah jambu coral, kemeja dan baju
sejuk merah jambu berserta tali leher atau tali leher kupu-kupu merah jambu
ibarat signature Chuck Bass sebagai
jejaka segak yang romantik. Tidak salah bukan berbaju merah jambu?
4. Padanan tepat
Mereka yang sukakan warna ini semestinya
golongan yang bijak dalam menyuaipadankan warna dalam fesyen harian. Kesilapan
menggabungkan warna mampu menjelikkan penampilan dan melunturkan rona asmara
ini. Merah jambu sangat sensitif, oleh itu aturan yang tepat harus
dipraktikkan. Buat mereka yang berkulit cerah perlulah memilih merah jambu
terang manakala bagi mereka yang berkulit gelap, kamu wajar memakai merah jambu
cair dan sedikit lembut untuk menaikkan seri pada gayamu itu.
5. Terbukti tiada
diskriminasi
Terbukti warna ini bukan hanya untuk satu
gender sahaja. Apa salahnya jika kita menganggap warna ini sama seperti
warna-warna lain yang perlu digayakan setiap masa. Suatu hari nanti, diharapkan
tiada lagi suara-suara nakal yang mendiskriminasikan rona ini apabila ia
dipakai oleh sang jejaka.
Artikel
ni saya jumpa dalam sebuah majalah menarikkan? Bagi saya lelaki yang suka pakai
warna merah jambu ni BERANI! MACHO! Bagi sayalah J