Annur Cottage ϟ

The Owner Talk
POST ABOUT BLOG

Welcome to my online journal.
Feel free to navigate around and do enjoy your stay here. Just call me Akma and. A simple sixteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.
Mood : Tidak berperasaan (◣_◢)
Status : Belog bertukar wajah ^^v
Talkative Box

Be With Them
All rights reserved ® Mrs Af 2011 - 2012

MASA BERMAIN DENGAN WARNA
Saturday 7 December 2013 23:53 0 Atashinci(s)



MASA BERMAIN DENGAN WARNA

Lupa gaya musim korang dahulu yang rata-ratanya didominasi oleh ton gelap, kedam atau warna-warna ‘selamat’. Oit! Eh sorry korang masih remajakan golongan genarasi Y right? Mainkan stail yang lebih segar dan inilah masanya untuk bersinar … tapi ingat!! Jangan melebih-lebih, islamkan bersederhana.
Warna blok secara asasnya bermaksud pemakaian sesuatu stail mahupun gaya dengan memadu padankan warna kontra dengan yang saling melengkapi, berani dan terang serta padanan bersama blok-blok warna. Dan gaya ini boleh terlihat di mana-mana sama ada pada pakaian, beg, aksesori, dan juga solekan. Tapi bagi sayalah saya fokuskan dengan yang tiga tu sebab solekan saya kurengg tu bagi sayalah, korang saya taktahu kan? Hee J.
Tetapi, korang jangan pula keterlaluan dalam mencampuradukkan segala kumpulan warna ini terutama sekali jika korang sendiri tidak pasti dengan apa yang kamu lakukan itu. Jangan pula sampai korang disamakan seperti seorang badut ataupun pokok Krismas yang begitu berwarna-warni dari atas hingga ke bawah.
Jom kenal pasti terlebih dahulu bagaimana cara-caranya agar korang tidak salah bermain dengan warna.

1. Jangan pakai lebih daripada tiga warna
Terlalu banyak warna akan menampakkan korang terlalu kacau-bilau. Lebih daripada tiga ton warna adalah stail yang keterlaluan sebenarnya. Peranan warna adalah untuk membuatkan penampilan korang Nampak cantik dan menjadikan kulit korang kelihatan lebih cerah. Jadi, jika korang mengenakan bermacam-macam warna, orang tidak akan lagi melihat diri korang, sebaliknya hanya Nampak warna-warna tersebut sahaja. Lebih-lebih jika korang memakai warna-warna yang ton kuat gagah dan perkasa haha tambahan.

2. Pilih satu warna dominan dan yang lainnya menghiasi
Warna yang dominan tersebut mestilah yang paling menangkap perhatian amboii menangkap haha! Kombinasinya pula pilihlah yang lebih asas dan neutral seperti kelabu, beige, hitam, putih, dan sebagainya.

3. Jangan memakai gaya monotonuous secara keseluruhan
Walaupun sesuatu warna itu adalah warna kegemaran korang, ia tetap akan nampak membosankan dan keterlaluan. Di Perancis mereka menggunakan ungkapan casser une couler yang bermaksud memecahkan warna. Contohnya, jangan memakai jaket warna kuning bersama kameja-T juga dengan warna kuning.

4. Sesuaikan warna pada setiap bahagian badan
Pakailah warna yang lebih gelap dan neutral pada bahagian badan yang korang tidak mahu orang lihat dan kenakan warna-warna yang lebih terang pada bahagian yang ingin korang tonjolkan.